Sabtu, 30 Mei 2009

CINTA

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu :-)

Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu :-D

Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu :-)
Bookmark:

* del.icio.us
* Digg
* Reddit
* StumbleUpon

April 1st,2009 Artikel Cinta, Love Quote, Love Tips, Madah-madah Cinta, Tips Cinta | 1 Comment
Cinta di Tahun Baru 2009

Untuk yang sedang bercinta

dream

btkloveAdakah anda bahagia bersama dia? Jika ya maka teruskanlah hubungan anda dan kekalkan kebahagiaan itu. Atau adakah hari-hari yang anda lalui bersama dia dipenuhi dengan tangisan? Jika ya maka tinggalkanlah cinta itu sebab cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati. Sedarlah… jika cinta anda sekarang hanya mengundang air mata ia bakal berterusan jika anda berkahwin dengan dia sekali pun. Jangan mengharapkan si dia akan berubah setelah berkahwin. Hakikatnya ramai yang masih dengan perangai lama walaupun setelah berkahwin dan ramai juga yang menjadi semakin teruk setelah berkahwin.



Untuk yang masih mencari

fellinlove1

btklovePastikan bila anda jatuh cinta anda tidak hanya bertepuk sebelah tangan agar anda tidak merana menanti cinta yang tidak akan kesampaian. Usahlah terlalu memuja dan mengejar cinta jika si dia terang-terangan menolak kerana jika akhirnya si dia menerima kamu, hanyalah semata-mata kerana dia sudah penat untuk melarikan diri dan bukanlah kerana rela atau cinta sejati. Cinta sepatutnya membahagiakan bukan membuat kita merana.



Untuk yang telah pun jatuh cinta

fallinlove

btkloveTerimalah cinta itu dengan hati yang lapang dan nikmatilah cinta itu sementara ia masih ada.



*all image taken from Stickgal blog. credits for her.
Bookmark:

* del.icio.us
* Digg
* Reddit
* StumbleUpon

January 3rd,2009 Artikel Cinta, Love Tips, Tips Cinta | 6 Comments
Lirik lagu Single ladies - Beyonce

Hayati lirik lagu ni…memang best.

Jika kau suka seseorang tu jangan tunggu lama dan jangan bagi banyak alasan. Ikat dan jangan biarkan dia pergi. Kalau tak nanti menyesal kemudian hari.

Ni lirik yang saya ambil dari web metrolyrics. Enjoy!

Beyonce Knowles Single Ladies Lyrics
Bookmark:

* del.icio.us
* Digg
* Reddit
* StumbleUpon

December 25th,2008 Lagu Cinta | No Comments
Pelacur tidak berbayar?

Terpanggil saya untuk mengulas tajuk ini. Salah satu tajuk dalam buku motivasi Dr. HM Tuah yang baru. Maaflah kalau tajuk ni nampak kasar sangat.

Kita sedia maklum, kalau dah namanya pelacur maka kerja dia adalah menjual diri dan menerima bayaran. Tapi sedarkah anda terlalu ramai para wanita/gadis/kaum Hawa diluar sana yang juga digelar pelacur tidak berbayar? Mereka yang menyerahkan kehormatan diri sebagai bukti cinta kononnya inilah yang tergolong dalam kategori ini. Sedangkan cinta itu adalah satu-satunya pemberian Allah pada kita manusia yang sangat suci dan tidak terhingga nilainya. Kenapa pula perlu merosakkan nama cinta ini untuk sesuatu yang didorong oleh nafsu serakah kita sendiri? Memang cinta perlukan bukti dan pengorbanan tapi bukan dari segi menjual maruah.

Maaf jika anda tidak sependapat dengan saya. Jangan marah yer. Secebis mutiara kata dari Dr. Tuah…jika anda bercinta, bercintalah berpada-pada. Dan setelah berkahwin bercintalah sesungguhnya. Bukankah syurga itu dijamin bagi para isteri yang menjaga dan membahagiakan suaminya?
Bookmark:

* del.icio.us
* Digg
* Reddit
* StumbleUpon

December 20th,2008 Artikel Cinta | 1 Comment
Petanda Jatuh cinta?

Bila kita bicara soal hati terlalu sukar untuk memahaminya walaupun diri kita sendiri.

Aku pernah menjadi teman biasa kepada dia.. kemudian pertemuan yang kerap membuahkan sesuatu di dalam hati ku. Benarlah kata orang, persahabatan antara perempuan dan lelaki itu sebenarnya tidak akan mungkin terjadi. Pasti akan ada bibit-bibit cinta yang akan lahir, cuma samaada di luahkan atau tidak. Jika tidak maka akan kekallah persahabatan itu sebagai ikatan sahabat.

Tidak seperti kawan-kawan lain yang masih terikat dengan kepercayaan takut digelar “Perigi mencari timba” aku membuat satu keputusan drastik. Jika kita memendamkan sahaja segalanya kita akan dihantui persoalan “What if?”… Aku tidak mahu dihantui persoalan itu seumur hidup. Lagipun what if aku tidak berterus-terang dengan dia tapi sebenarnya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Pastinya yang rugi aku juga kan. But what if after I tell him everthing dan dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Risiko yang terpaksa ditanggung jika aku inginkan kepastian…

Tapi adakah ini cinta? Sekarang jika aku tidak melihatnya aku akan begitu merindui dia. Walau hanya melihat dia dari jauh tanpa sempat berbicara dengannya pun hati aku akan berbunga-bunga indah sepanjang hari. Walaupun aku hanya sempat melihat hujung kasutnya sahaja, rindu ku sudah terubat. Melihat dia berjalan beriringan dengan gadis lain bisa membuat hati ku panas. Setiap kali dia datang untuk berbicara dengan aku hati ku berdebar-debar. Kalau ini bukan cinta apa lagi? Hati ku terseksa memendamnya. Untuk meluahkan secara berdepan aku tidak punya kekuatan.

Lalu sepucuk warkah ku layangkan kepadanya. Dengan hati berdebar aku menanti jawapan dari dia: ditolakkah cinta ku atau diterimakah cinta ku? Namun jawapan yang aku nantikan tidak pernah diberikan. Tidak secara langsung.

Tapi aku puas, walaupun aku dihantui oleh jawapan sebenar dia sekurang-kurangnya dia sudah tahu isi hati ku. Dan untuk menyedapkan perasaan sendiri aku anggap keengganan dia untuk rapat seperti biasa adalah tanda penolakan cintanya. Namun aku keliru…tika aku ingin menerima kenyataan dan mula mengikut rentaknya untuk tidak saling bersapa lagi, tindakannya hampir mencium aku didepan pelajar lain membuatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya perasaan dia terhadap aku?
Bookmark:

* del.icio.us
* Digg
* Reddit
* StumbleUpon

December 9th,2008 Artikel Cinta, Cerita Cinta | 11 Comments
Kekasihku Seru

Saya ambil tajuk entri kali ini dari entri blog lain yang telah mendorong saya untuk menulis entri ini. Bagaimana jika hubungan kekasih yang putus berjaya disambung balik?…Hmm bagi saya dulu…putus dan kemudian sambung balik adalah perkara biasa. Mungkin kerana saya seorang yang terlalu terburu-buru, pantang salah sikit saya akan menulis surat putus kepada kekasih saya ketika itu biar saya gelar dia Joe. Kemudian beberapa hari kemudian saya akan menulis surat pada dia merayu agar hubungan kami disambung kembali. Saya pun tidak pasti adakah kerana cinta dia kepada saya dia dengan mudah sanggup menyambung kembali hubungan kami.

Kemudian ketika kami di Tingkatan 5, saya bertekad kali itu yang saya akan benar-benar berpisah dengan dia. Saya tidak akan merayu lagi padanya. Saya pun kurang pasti apa penyebabnya kali itu tapi ya sekali lagi saya memutuskan hubungan dengan dia. Esoknya pada waktu rehat saya melihat dia diberanda depan kelasnya, hati saya begitu sedih dan sayu. Saya memalingkan muka dan hanya berdiri termenung ditangga sekolah melihat budak-budak yang lain berkejaran dengan riangnya. Tiba-tiba tanpa saya sedar dia dah berdiri di tepi saya dan bertanya “Kenapa muram saja ni?”. Bayangkan betapa terkejut dan terujanya saya dengan kehadiran dia ketika itu. Saya hanya menjawab lemah “Sebab kita kan dan putus”. “Bila masa pula kita putus?”, dengan selamba dia menjawab balik. Kalaulah ini negara barat rasanya ketika itu dah lama saya peluk dan kiss dia hehe…Tapi nasib baiklah saya masih waras. Masa itu hati saya dah berbunga-bunga riang. Oh rupanya hanya saya yang menganggap kami putus, tapi dia tak pernah anggap permintaan putus saya itu serius. Mungkin dia sudah lali :-)

Jadi kepada anda pencinta di luar sana sebelum memutuskan sesuatu hubungan fikir dan selidiklah dahulu sedalam-dalamnya penyebab untuk memutuskan hubungan itu. Tidak semua kekasih diluar sana sama seperti kekasih saya ini yang dengan mudah sanggup menyambung kembali hubungan yang putus. Jangan anda menyesali tindakan anda di kemudian hari. Saya dengan Joe walaubagaimanapun terpaksa berpisah tanpa kata putus atas permintaan Joe akhirnya. Kenapa? Demi sebuah tanggungjawab yang terpaksa dipikulnya…

WWW.GOOGLE.COM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar